Thursday, November 21, 2013

TIPS ATASI SAKIT PINGGANG

Sakit pinggang (low back pain atau lumbago ) adalah penyakit neurologi kedua paling umum setelah sakit kepala. Hampir setiap orang pasti pernah mengalaminya. Untungnya, sebahagian besar sakit pinggang sembuh hanya dalam beberapa hari.

Tips untuk mencegah sakit pinggang
  1. Selalu melakukan peregangan sebelum latihan olah raga atau aktiviti fizikal yang lain yang berat .
  2. Jangan bengkok ketika berdiri atau duduk. Ketika berdiri , jaga titik berat badan anda agar seimbang pada kaki anda. Semasa bekerja di rumah atau di pejabat , pastikan permukaan kerja anda berada pada ketinggian yang selesa untuk anda. Duduklah di kerusi dengan sandaran yang baik dan kedudukan dan ketinggian yang tepat untuk tugas tersebut.
  3. Selingi duduk anda dengan secara berkala berjalan-jalan atau melakukan peregangan otot ringan untuk mengurangkan ketegangan. Jika anda perlu duduk untuk jangka waktu yang panjang, istirahatkan kaki anda di bangku rendah atau tumpukan buku.Kenakan kasut yang selesa dan bertumit rendah.
  4. Tidurlah dengan condong untuk mengurangkan tekanan pada tulang belakang anda. Selalu tidur di permukaan yang cukup padat , jangan terlalu empuk.Mintalah bantuan orang lain bila anda mengangkat benda yang berat .
  5. Jangan mengangkat dengan membongkok . Angkat objek dengan menekuk lutut anda dan berjongkok untuk mengambil objek. Jaga punggung lurus dan terus dekatkan objek ke tubuh anda . Elakkan memutar tubuh saat mengangkat . Lebih baik mendorong daripada menarik ketika anda harus memindahkan benda berat .
  6. Jaga pemakanan dan diet yang tepat untuk mengurangkan dan mencegah berat badan berlebihan, terutama lemak di sekitar pinggang. Diet harian yang cukup kalsium, fosforus, dan vitamin D membantu menjaga pertumbuhan tulang baru.
  7. Jika anda merokok , berhentilah . Merokok mengurangkan aliran darah ke tulang punggung bahagian bawah dan menyebabkan cakera tulang belakang mengalami degenerasi .
  8. Berolahragalah secara teratur. Gaya hidup aktif menyumbang dalam mencegah sakit pinggang.

Thursday, November 14, 2013

4 Kombo makanan yang sangat berkhasiat untuk tubuh badan

Adakah anda tahu bahawa apabila anda menggabungkan dua makanan yang sihat bersama-sama, khasiat mereka lebih banyak berbanding makan satu jenis sahaja? Terdapat penemuan baru dan menarik tentang bagaimana kombinasi makanan tertentu sebenarnya boleh melambatkan penuaan dengan mengurangkan keradangan sel serta membolehkan anda untuk kelihatan baik dan sihat berbanding sebelumnya. Di sini, kami senaraikan 4 gabungan makanan yang dipercayai baik untuk kesihatan anda dan melambatkan penuaan.

Limau gedang + Avokado = Cegah kerosakan sel-sel dalam badan
Limu gedang mempunyai khasiatnya yang tersendiri. Ianya kaya dengan 'lycopene', sejenis antioksidan yang telah terbukti dapat mengurangkan keradangan dan mencegah kerosakan sel. Tetapi apabila anda menggabungkan lima gedang bersama avokado, lemak sihat yang terkandung dalam avokado boleh membantu dalam meningkatkan penyerapan 'lycopene', menjadikannya lebih lebih efisien untuk digunakan untuk badan.

Cubalah gabungkan limau gedang dan avokado 1 atau 2 kali seminggu. Anda boleh mencampurkan mereka ke dalam makanan anda atau jadikan mereka sebagai salad.

Kubis 'Brussels' + Minyak zaitun = Baik untuk melindungi mata 
'Lutein' yang terdapat dalam kubis 'Brussels' berupaya untuk mengurangkan risiko katarak dan penglihatan kabur yang berkaitan dengan usia. Sudah semestinya, ia adalah salah satu daripada nutrien yang paling bermanfaat untuk penglihatan anda. Bahkan, apabila anda tambahkan minyak zaitun bersama kubis 'Brussels', lemak minyak yang sihat tersebut akan meningkatkan jumlah 'Lutein' yang mana boleh disimpan oleh badan anda untuk kesihatan yang baik.

Salah satu cara yang lazat untuk makan kombo ini ialah gunakan beras perang yang boleh dimasak menggunakan gelombang ketuhar dan kukus kubis 'Brussels' bersama minyak zaitun dengan daging ayam belanda. Ianya sangat lazat!



Epal + Coklat Gelap = Cegah penyakit jantung 
'Quercetin' yang terkandung dalam buah epal dan kulitnya sangat bagus untuk anti keradangan. Selain itu, anda boleh meningkatkan khasiatnya dengan menggabungkan epal bersama coklat gelap yang kaya dengan 'flavonoid'. Kajian menunjukkan bahawa apabila anda makan gabungan ini bersama-sama, kedua-dua makanan yang sarat dengan antioksidan ini boleh mengurangkan risiko penyakit jantung dan bantu mencegah pembekuan darah.

Untuk pencuci mulut yang lazat, potong buah epal dalam hirisan yang nipis dan campurkannya bersama coklat gelap yang cair serta kacang yang telah cincang, kemudian simpan di dalam peti sejuk. Jangan risau, pencuci mulut ini boleh dinikmati setiap hari!

Teh hijau + Lemon = Buatkan kulit tampak lebih muda
Seperti yang anda tahu, teh hijau sangat kaya dengan 'catechin', satu antioksidan yang sangat bagus. Dengan tambahan jus lemon, anda akan memaksimumkan kebolehan 'catechin' untuk menjaga kulit anda supaya kelihatan lebih muda. Vitamin C dalam jus lemon juga melambatkan pencernaan antioksidan yang terkandung dalam teh yang mana boleh digunakan oleh badan anda untuk masa yang lebih lama. Gabungan yang lazat ini boleh dinikmati setiap hari tanpa had.

Tips untuk kekal langsing untuk yang kerja Pejabat

Disini saya hendak memberikan tips untuk CEO,Eksekutive dan lain2 yang kerjanya memang x ada masa nak bersenam...

Antaranya tips nya ialah :

1. Kalau Pergi ke tempat kerja yang mempunyai lift atau tangga.. Anda boleh memilih untuk menaiki tangga untuk ke pejabat anda..

2. Makan sarapan janganlah berat-berat sangat seperti nasi lemak, mee goreng . Anda boleh sarapan roti atau bijiran ringkas seperti quaker oat...sebelum pergi kerja.

3. Banyakkan minum air masak kerana badan kita perlukan air yang secukupnya untuk process pencernaan makanan dan penyerapan nutrisi dalam badan..

4. Kalau hendak nampak lebih berkesan lagi anda boleh dapatkan panduan kuruskan badan yang berkualiti dan berkesan. Dengan mengamalkan panduan kuruskan badan ini , anda boleh lebih cepat untuk mencapai impian anda untuk kuruskan badan.  

 Artikel Source

Tips : Penawar Kencing Manis



Info sebelum Mula membaca dan Menyalin Tips

Halba :
1-Baik untuk membuang toksid,agak keras dan xsesuai pada yg memiliki Gastrik..tp sesuai jika makan berat sebelum guna..
2-Boleh didapati di kedai rempah,kedai India selalu guna
3-Cara lain halba bagi menentang Gout adlh dgn meletakakn Halba di atas nasi yg bru dimasak,kmudian tutup bekas periuk nasi selama 5minit...ambil air nasi di penutup dan minum..jadikan amalan..


Kelapa Hingus:
1-Kelapa yg isinya masih Muda..yang masih Hijau
2-Kelapa Kampung adlah yg terbaik..tp klu nk guna kelapa kahwin & Pandan yg lebih sedap pun xde masalah..


Serai:
1-Serai adalah ubat yang terbaik bagi membuang angin
2-dikatakan juga serai adalah pencegah kanser yang plg mujarab[/LIST]


Penawar Kencing Manis Menurut Kaedah Perubatan Islam
Oleh: Muhd Rizal Baharom

Setiap penyakit itu pasti diturunkan sekali dengan penawarnya. Tetapi manusia mestilah berusaha untuk mencarinya. Ingatlah sabda Nabi SAW:
"Bagi setiap penyakit ada ubatnya. Apabila betul ubatnya, maka sembuhlah dengan izin Allah." (Riwayat Muslim).

Kencing manis dikhabarkan ibu kepada segala penyakit. Kalau dah terkena, siaplah bermacam-macam penyakit lain yang akan datang. Sangat merbahaya dan sungguh menakutkan.

Jika sesiapa pernah membaca artikel kesihatan yang berkaitan penyakit ini, biasanya pesakit akan menjadi kurus, kulit jadi hitam, sel-sel mati dan akhirnya mungkin ada anggota yang terpaksa dibuang.

Di sini saya ingin berkongsi salah satu penawar yang dikatakan amat berkesan untuk melawan dan boleh sembuh dari penyakit ini dengan izinNYA.

Bahan: 
1 biji kelapa muda (isinya sedang berhingus)
3 batang serai makan
7 biji halba

Caranya:
Ketuk 3 batang serai makan dan masuk ke dalam kelapa muda. Masukkan 7 biji halba juga ke dalam kelapa muda. Kacau rata air kelapa dengan menggunakan serai tadi hingga sebati semuanya dengan isi kelapa. Letakkan kelapa di atas dapur/api. Minumlah airnya dalam keadaan suam. 1 biji kelapa untuk 2 hari minum. Buat sehingga cukup 7 biji kelapa iaitu untuk 14 hari.

Saya sangat kasihan dan sedih melihat pesakit-pesakit ini. Inilah saja cara yang dapat saya membantu. Harapannya agar dapat anda menyebarkanya untuk membantu orang-orang yang amat memerlukannya. Bagi pesakit darah tinggi dan sakit berkaitan jantung boleh gunakan kaedah sama.

Terima kasih kepada Ustaz Sharhan Shafie kerana sudi berkongsi amalan perubatan ini. Saya hanya bantu untuk menyebarkannya sahaja. - Jabatan Pertanian Malaysia

10 Tanda Awal Kanser Pankreas



Sejak kebelakangan ini kanser pankreas semakin banyak dikesan. Kanser pankreas ini biasanya tidak menunjukkan simptom awal, dan biasanya ia dapat dikesan apabila telah berada pada peringkat bahaya. Pesakit kanser pankreas dijangka boleh hidup dalam masa 5 tahun, dan hanya 4% daripadanya saja yang boleh hidup melebihi 5 tahun.

Umum mengetahui bahawa bahagian hujung organ pankreas mengandungi sel yang menghasilkan insulin dan di bahagian pangkal organ pankreas pula mengandungi sel yang menghasilkan enzim penghadaman. Jika tumor terdapat di sel yang menghasilkan insulin, ia dikenali sebagai tumor endokrina yang mudah dikesan tetapi agak jarang terjadi. Tumor yang terdapat di sel yang menghasilkan enzim penghadaman pula dikenali sebagai tumor eksokrina yang kerap terjadi tetapi agak sukar dikesan pada peringkat awalnya.

Bagaimana kita hendak mengetahui tanda amaran awal bagi kanser pankreas?

Dikongsikan di sini beberapa tanda amaran awal kanser pankreas yang boleh dikesan. Jika terdapat dua atau tiga daripada tanda-tanda berikut, silalah berjumpa doktor untuk pemeriksaan lanjut.
Di antara tanda-tanda awal ialah apabila pesakit mempunyai atau mendapat:

1. Diabetes secara mendadak
- Tumor pankreas ini boleh menyebabkan pesakit kanser mendapat diabetes secara tiba-tiba/mendadak.

2. Mata dan kulit menjadi semakin kuning
- Ini disebabkan tumor pankreas, walaupun bersaiz kecil, boleh menutup atau menyumbat duktus hempedu yang terletak di bahagian pangkal pankreas yang menyebabkan air hempedu berkumpul di situ kerana tersekat. Ini juga boleh menyebabkan jaundice (sakit kuning).

3. Gatal di kulit, tapak tangan dan tapak kaki
- Kesan sampingan jaundice yang biasa ialah gatal-gatal di tapak tangan dan tapak kaki disebabkan oleh reaksi kulit terhadap bilirubin (bahan kimia berwarna coklat kekuningan di hati yang menyebabkan jaundice).

4. Kurang selera makan
- Biasanya 6-8 bulan sebelum tumor pankreas dapat dikesan, pesakit kanser ini tiba-tiba hilang selera makan dan cepat berasa kenyang selepas makan sedikit.

5. Perubahan deria rasa
- Pesakit kanser pankreas bertukar deria rasa yang biasa. Contohnya, tiba-tiba tidak suka bau kopi, rokok, atau lain-lain yang sebelum itu disukainya.

6. Sakit perut
- Rasa sakit perut ini terasa sehingga ke bahagian belakang badan. Rasa sakit ini akan hilang apabila badan ditundukkan ke depan.

7. Pundi hempedu membesar
- Pundi hempedu pesakit kanser ini membesar disebabkan oleh duktus hempedu yang tersumbat di mana hempedu akan membengkak/membesar di belakang duktus ini. Pundi hempedu yang membesar ini boleh dirasai oleh doktor yang memeriksa pesakit dan juga boleh dilihat pada ujian imej.

8. Najis yang pucat, terapung dan berbau busuk
- Ini disebabkan tumor pankreas menghalang enzim penghadaman sampai ke pangkal usus bagi proses penghadaman lemak. Jadi, makanan berlemak tidak dapat dihadamkan yang akhirnya najis yang dihasilkan tidak padat, ringan, berbau dan terapung kerana kandungan lemak yang tinggi.

9. Najis hitam dan berdarah
- Ini disebabkan oleh pendarahan di bahagian atas usus.

10. Turun berat badan secara mendadak tanpa dirancang
- Ini disebabkan oleh kurangnya enzim pankreas yang dihasilkan bagi menghadamkan lemak yang diperlukan sebagai sumber tenaga. Lemak hanya melalui sistem penghadaman tanpa proses penghadaman.

Petua Mencuci Buah Pinggang Dengan Kos Kurang Dari RM2



Bertahun2 buah pinggang kita ditugaskan untuk menapis darah kita untuk mengeluarkan garam, racun2 dan bahan2 lain yang tidak diingini yang telah memasuki badan kita melalui pemakanan, minuman dll

Dengan peredaran masa itu, kandungan garam akan terkumpul di dalam badan kita dan ini perlu di keluarkan . Disini lah buah pinggang akan menjalankan fungsinya sebagai mesin rawatan pembersihan ini. 

Tapi tahukah anda, ada satu cara yang boleh di amalkan untuk mengeluarkan bahan2 garam serta bahan2 racun lain dari dalam badan kita dengan kos RM 1.00 atau kurang.

Caranya adalah dengan amalan meminum air dari rebusan daun parsli / daun ketumbar.

Caranya:

1. Beli daun parsli / ketumbar ini dengan harga RM1.00 atau kurang
2. Basuhkan (dicadangkan dgn air mineral) hingga bersih dan potong daun ini kecil2
3. Masukkan daun2 kecil ini ke dalam periuk dan masukkan air bersih.
4. Rebuskan daun2 ini selama 10 ke 20 minit
5. Setelah mendidih, biarkan air rebusan itu sejuk
6. Bila sudah sejuk, tapiskan untuk asingkan daun2 dari air nya
7. Tuang dan simpan air rebusan ini di dalam bekas atau botol yang bersih dan simpan di dalam peti ais untuk sejukkannya
8. Kemudian amalkan meminum segelas sehari dari air rebusan ini
9. Jika di amalkan selalu, anda dapati garam dan racun2 lain yang terkumpul di dalam badan, akan keluar melalui pembuangan air kecil.

Anda pasti akan merasai perbezaan diri anda yang anda tidak pernah rasai sebelum ini.

Daun2 parsli sememangnya dikenali sebagai rawatan pembersihan terbaik untuk buah pinggang dan ia adalah semula jadi! 

Cuba la...Murahkan rawatan ini , cuma RM 1.00 atau kurang...


Khasiat buah Pisang



Lepas baca anda semua pasti akan pandang tinggi pada buah pisang. 

Pisang mengandungi 3 jenis gula semulajadi – sukrosa, fruktosa dan glukosa yang digabungkan dengan gentian. Pisang memberikan tenaga kepada manusia dengan kadar segera dan berterusan. Kajian yang telah dibuat menunjukkan bahawa 2 biji pisang mempunyai cukup tenaga untuk senaman selama 90 minit. 

Tidak hairanlah pisang dijadikan buah utama kepada atlit terkenal dunia. Bukan itu saja, malah pisang juga amat sesuai untuk mencegah dan merawat beberapa jenis penyakit, menjadikannya amat sesuai dalam pemakanan kita seharian. 

Tekanan: Merujuk kepada survey terbaru yang dijalankan oleh MIND terhadap pesakit-pesakit tekanan jiwa, kebanyakan daripada mereka kembali pulih selepas makan pisang. Ini kerana pisang mengandungi tryptophan, iaitu sejenis protin yang bertukar kepada serotonin dalam tubuh manusia, yang menyebabkan kita tenang, mengembalikan mud dan secara amnya membuatkan kita berasa gembira. 

PMS: Lupakan pil-pil hospital – makan sahaja pisang. Vitamin B6 yang terkandung mampu meneutralkan paras glukosa dalam darah, yang boleh mengembalikan mood anda. 

Anemia: Dengan kandungan zat besi yang tinggi, pisang mampu mengawal pertumbuhan hemoglobin dalam darah, yang secara tak langsung membantu dalam kes-kes anemia. 

Tekanan Darah Tinggi: Buah tropikal unik ini mengandungi kadar potassium yang tinggi – garam rendah, menjadikannya sempurna untuk menstabilkan tekanan darah.

Kuasa Minda: Kajian dibuat terhadap 200 pelajar di sebuah sekolah di mana semasa peperiksaan dijalankan, mereka diberi makan pisang untuk sarapan, rehat, dan makan tengahari. Keputusannya, buah pisang yang mengandungi kadar potassium yang tinggi dapat membantu pembelajaran dengan menjadikan pelajar-pelajar itu lebih cekap (alert). 

Penghadaman: Gentian tinggi, jadikan pisang sebagai diet seharian anda pasti membantu menstabilkan tindakan usus kecil dan besar. 

Keletihan: Salah satu cara terbaik untuk mengurangkan keletihan ialah dengan membuat minuman pisang susu campur madu. Pisang bertindak menyejukkan perut dan dengan bantuan madu dapat membina semula kandungan gula dalam darah yang berkurangan akibat keletihan, manakala susu pula memperbetulkan sistem hidrasi semula anda. 

Panas Jantung: Pisang mempunyai kesan anti-asid semulajadi dalam badan. Oleh itu, jika anda menghadapi rasa panas di jantung, cuba makan pisang untuk pemulihan yang baik. 

Demam Pagi: Jadikan pisang sebagai snek setiap hari untuk membantu memelihara kadar gula dalam darah untuk mengelakkan demam pagi. 

Gigitan Nyamuk: Sebelum menggunakan krim gigitan serangga, cuba sapukan kawasan bekas gigitan nyamuk dengan lapisan dalam kulit pisang. Ramai yang telah berjaya mengatasi kegatalan akibat gigitan nyamuk dengan cara ini. 

Saraf: Pisang mengandungi kadar vitamin B yang tinggi yang dapat membantu menenangkan sistem saraf anda. 

Obesiti dan Tekanan Kerja: Kajian di Institut Psikologi di Austria mendapati tekanan kerja menjadi pemangkin kepada pengambilan makanan seperti coklat dan kerepek. Berdasarkan 5,000 pesakit hospital, kajian mendapati kebanyakan pesakit obes membuat kerja-kerja tekanan tinggi. Laporan juga menyatakan, untuk mengatasi masalah ini, kita perlu mengawal kadar gula dalam darah dengan mengambil makanan karbohidrat tinggi setiap 2 jam untuk mengekalkan kadar yang stabil. Makanlah pisang. 

Ulser: Pisang amat baik dalam pencegahan ulser kerana ia bersifat lembut dan tidak mencederakan organ dalaman kita. Ia juga bertindak sebagai peneutral lebihan asid serta mengurangkan kepedihan dengan bertindak menyaluti lapisan dinding perut kita. 

Kawalan Suhu: Ramai yang percaya bahawa dengan memakan pisang, ia dapat menurunkan suhu kedua-dua fizikal dan emosi kepada ibu-ibu mengandung. Di Thailand sebagai contoh, ibu mengandung mengambil pisang untuk memastikan bayi yang dilahirkan itu menjadi seorang yang penyabar (cool). 

Seasonal Affective Disorder (SAD): Penyakit ini merupakan simptom yang terjadi akibat daripada kurangnya pendedahan kepada cahaya matahari. Pisang dapat membantu pesakit ini kerana ia mengandungi tryptophan semulajadi yang membaikpulih mud kita. 

Ketagihan Rokok & Tembakau: Pisang dapat membantu perokok yang ingin berhenti merokok. Vitamin B6, B12, potassium dan magnesium yang terdapat dalam pisang, ia dapat membantu tubuh kita dalam membaikpulih kesan nikotin terhadap tubuh. 

Stres: Potassium merupakan bahan mineral vital, yang membantu menormalkan degupan jantung, menghantar oksigen kepada otak dan mengimbangi kandungan air dalam tubuh. Bila kita stres, kadar metabolisma kita naik, menyebabkan kadar potassium menurun. Keadaan ini dapat diimbangi semula dengan bantuan snek pisang yang tinggi potassium. 

Strok: Mengikut kajian dalam buku ‘The New England Journal of Medicine‘, mengambil pisang sebagai diet harian mampu mengurangkan risiko kematian akibat strok sebanyak 40%! 

Lain-lain Penyakit Kulit: Pengamal perubatan semulajadi (alternatif) berpendapat, untuk menghilangkan pelbagai masalah kulit, termasuk jerawat, kudis, parut, kurap, dan sebagainya, ambil sekeping kulit pisang, tampalkan sebelah dalam kulit pisang itu pada tempat yang ingin dirawat dengan menggunakan plaster luka biasa atau pun plaster bedah. 

Jadi, pisang memang merupakan ubat semulajadi kepada banyak penyakit. Jika dibandingkan dengan epal, pisang mempunyai 4 kali ganda kandungan protin, 2 kali karbohidrat, 3 kali fosforus, 5 kali vitamin A dan zat besi, dan 2 kali vitamin dan mineral lain. Ia juga kaya dengan potassium dan merupakan salah satu makanan terbaik yang mudah didapati. 

Jadi mungkin inilah masa untuk berubah kepada kata yang biasa disebut-sebut, “Sebiji pisang sehari dapat menjauhkan doktor!” 

PS: Kesimpulannya, pisanglah adalah penyebab utama kenapa monyet-monyet di hutan selalu sihat dan bahagia setiap masa dan ketika! 

Satu lagi; ingin kilatkan kasut?? Ambil bahagian dalam kulit pisang, sapukan secara terus kepada kasut anda, kemudian kilatkan dengan kain kering. Menakjubkan!