Friday, March 11, 2016

TEKANAN DARAH TINGGI & KOLESTEROL TINGGI

TEKANAN DARAH TINGGI & KOLESTEROL TINGGI

Resepi ini sangat sesuai untuk mereka yang mengalami tekanan darah tinggi atau yang mempunyai kolesterol tinggi. Resepi tersebut mengandungi;

• Sepotong halia yang di parut
• Satu ulas bawang putih yang diparut
• Satu sudu (teh) madu
• Satu sudu cuka epal cider
• Satu sudu jus lemon

Masukkan semua bahan-bahan dan blend sampai lumat. Selepas itu, letakkan campuran ini dalam balang bertutup dan simpan di dalam peti sejuk selama lima hari.

Selepas tu bolehlah ambil dua kali sehari (sebelum sarapan pagi dan sebelum waktu makan malam). Anda tidak perlu mengambil lebih daripada tiga kali dalam sehari. Selepas seminggu amalan, barulah anda rasa perbezaannya.

Sumber: http://thepowerofhealthyfood.com/say-goodbay-to-high-blood-pressure-and-cholesterol/

Thursday, March 10, 2016

Kebaikan Buah Lemon untuk Kesihatan


Berikut adalah sedikit info tentang kebaikan lemon dalam kesihatan:

1. Menyokong dan meningkatkan sistem imunisasi

Lemon tinggi dengan kandungan Vitamin C dan kalium. Kandungan Vitamin C yang tinggi berguna untuk melawan selesema .Kalium pula merangsang otak , fungsi saraf dan membantu mengawal tekanan darah.

2. Mengimbangkan pH badan

Percaya atau tidak, lemon adalah makanan yang amat beralkali. Ya, mereka adalah berasid dengan sifat yang tersendiri, tetapi di dalam badan kita ianya bersifat alkali (asid sitrik tidak mewujudkan keasidan dalam badan apabila dimetabolismekan).

Seperti yang anda Untuk pengetahuan anda, pHbadan yang beralkali merupakan kunci kepada kesihatan yang baik.


3. Memperbaiki kulit

Lemon bertindak dengan cemerlang dalam melawan penuaan kulit. Ciri-ciri antioksidan membantu memerangi kerosakan radikal bebas, yang bertanggungjawab untuk gejala penuaan.
Kandungan Vitamin C nya juga mewujudkan sintesis kolagen yang boleh mencegah kedutan. Vitamin C diperlukan dalam sintesis asid amino ke dalam kolagen dan tugas kolagen dan tisu penghubung adalah untuk menganjalkandan melindungi tisu kulit kit
a.

4. Mengurangkan berat badan

Lemon mengandungi pektin, serat larut yang biasa ditemui dalam buah-buahan sitrus. Pektin membantu menghindari kelaparan manakala serat mewujudkan rasa kenyang, dan menyebabkan anda kurang berasa lapar.
Dengan rasa kenyang yang lebih lama, anda akan membuat pemilihan makanan yang lebih bijak dan kurang selera untuk memakan makanan ringan
.

5. Penghidratan

Lemon juga akan membantu anda kekal terhidrat sepanjang hari, terutamanya jika anda kurang minum air. Ini kerana lemon akan meningkatkan penghasilan air dalam badan.

6. Menyingkirkan toksin

Minuman ini juga akan membantu menyingkirkan toksin daripada buah pinggang dan hati anda selain merangsang sistem pencernaan anda. Ia juga boleh meningkatkan keupayaan tubuh anda untuk menyerap nutrien.

Thursday, November 21, 2013

TIPS ATASI SAKIT PINGGANG

Sakit pinggang (low back pain atau lumbago ) adalah penyakit neurologi kedua paling umum setelah sakit kepala. Hampir setiap orang pasti pernah mengalaminya. Untungnya, sebahagian besar sakit pinggang sembuh hanya dalam beberapa hari.

Tips untuk mencegah sakit pinggang
  1. Selalu melakukan peregangan sebelum latihan olah raga atau aktiviti fizikal yang lain yang berat .
  2. Jangan bengkok ketika berdiri atau duduk. Ketika berdiri , jaga titik berat badan anda agar seimbang pada kaki anda. Semasa bekerja di rumah atau di pejabat , pastikan permukaan kerja anda berada pada ketinggian yang selesa untuk anda. Duduklah di kerusi dengan sandaran yang baik dan kedudukan dan ketinggian yang tepat untuk tugas tersebut.
  3. Selingi duduk anda dengan secara berkala berjalan-jalan atau melakukan peregangan otot ringan untuk mengurangkan ketegangan. Jika anda perlu duduk untuk jangka waktu yang panjang, istirahatkan kaki anda di bangku rendah atau tumpukan buku.Kenakan kasut yang selesa dan bertumit rendah.
  4. Tidurlah dengan condong untuk mengurangkan tekanan pada tulang belakang anda. Selalu tidur di permukaan yang cukup padat , jangan terlalu empuk.Mintalah bantuan orang lain bila anda mengangkat benda yang berat .
  5. Jangan mengangkat dengan membongkok . Angkat objek dengan menekuk lutut anda dan berjongkok untuk mengambil objek. Jaga punggung lurus dan terus dekatkan objek ke tubuh anda . Elakkan memutar tubuh saat mengangkat . Lebih baik mendorong daripada menarik ketika anda harus memindahkan benda berat .
  6. Jaga pemakanan dan diet yang tepat untuk mengurangkan dan mencegah berat badan berlebihan, terutama lemak di sekitar pinggang. Diet harian yang cukup kalsium, fosforus, dan vitamin D membantu menjaga pertumbuhan tulang baru.
  7. Jika anda merokok , berhentilah . Merokok mengurangkan aliran darah ke tulang punggung bahagian bawah dan menyebabkan cakera tulang belakang mengalami degenerasi .
  8. Berolahragalah secara teratur. Gaya hidup aktif menyumbang dalam mencegah sakit pinggang.